Alhamdulillah.
Segala2nya masih berjalan lancar setakat hari ini.
Harap2 sampai ke penghujung akan okkay. Insya Allah.
Setakat hari ni, selama 36 minggu ni, masalah utama aku ialah makan.
Dari awal pregnant mmg susah sgt nak makan.
Bukannya loya ke apa kalau tengok makanan, tapi tak lalu je.
Sudahnya, sekarang ni mmg hari2 bawak bekal.
Walaupon nasi + telor goreng kicap, tetap nyum nyum nyum.
Selain tu, dah makin payah nak lelap mata.
Pusing sana pusing sini. Isk. Sedar2 dah pagi. Rasa mcm baru je lelap.
Tapi Alhamdulillah sgt2 sbb jarang ar ngantoks time tgh drive.
Walaupon kdg2 rasa nak berhenti je kat RnR pastu zzzzzzzzz.
Selain beg yang dah siap dikemas, ade lagi yang tak dibeli.
Keperluan si ibu je lah. Anak semua settle. Harap2 sempatlah beli hujung bulan nih.
Mana taknya. Kalau terbersalin awal camner? Takkan nak suruh abg belikan?
Dulu, waktu k.lin bersalin, aku + abg ipar aku pergi belikan.
Erk. Malu gilos sbb salesgirl tu ingat aku punya, pandang2 aku semacam. Hampeh betol.
Air selusoh.
Hmmm. Dok sibuk2 suruh abg buat, alih2 mak dah buatkan.
Tak mintak pon mak buatkan, tapi biasalah mak.
Dari dulu lagi, kalau kami demam + batuk + sakit ape2 pon, mak akan buatkan 'air'.
Selalunya rasa mcm mujarab je. Yelah, dah dibaca dengan ayat2 suci + doa dari seorg ibu.
Abg nak ke Sabah pulak Khamis ni. Balik hari Sabtu.
Saja je menakutkan dia. Kalau2 terbersalin awal. Tarikh 20072007, cantikkan.
Hehehe. Taknaklah. Kalau boleh biarlah bersalin on-time.
Expected due date 11082007. Elok2 je hari Isra' Mikraj.
Dan seboleh2nya, naklah abg ada disisi time bersalin nanti. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment