Pages

Tuesday, October 23, 2007

KENANGAN TERINDAH

Rasanya macam baru semalam lidah aku kelu bila pertama kali berdepan dengannya. Ayat itu memang jarang sekali aku sebut + panggil. Terkial-kial aku cuba memanggilnya. Tak siapa tahu debaran dihati ini.

Aku sering asyik mendengar celotehnya. Memberi tumpuan penuh tatkala die bercerita. Menghargai layanannya pada diri ini. Sungguh, aku memang sukakannya. Kadang-kadang terbit rasa rindu bila lama tak mendengar suaranya.

Aku perasan + perhatikan kegembiraannya bersama Khayrin. Tak puas-puas die bermain + berceloteh dengan Khayrin. Kadang-kadang terbit jugak rasa geram bila dipanggil-panggilnya nama Khayrin tak kira masa bila Khayrin tidor. Rupa-rupanya itulah salah satu tandanya.

Tak pernah aku luahkan pada sesiapa.
Aku selalu memerhatikannya bilamana dia di depan mata, sejak dari dulu lagi. Aku perasan akan perubahannya. Aku pelik mendengar kata-katanya. Itu jugak tanda-tandanya.

Memang sudah ditakdirkan.
Aku cuma sempat ber'abah' sekejap ini sahaja, dan Khayrin ber'atok' cuma 64 hari sahaja. Walaupon sedikit terkilan kerana tiada bersama disaat abah dipanggil 'pulang' , aku redha dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.

Sehingga kini, terasa seperti abah masih ada.
Terngiang-ngiang pesanannya pada hari terakhir aku dirumahnya. Terbayang-bayang kelibatnya dan kegembiraannya bersama Khayrin. Terlalu cepat rasanya abah pergi, terlalu singkat waktu aku + Khayrin bersamanya. Namun, Allah lebih menyayanginya.

Dan,
kenangan bersamanya akan menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup aku.



Omar bin Hussin
17/07/1949 - 14/10/2007 @ 2 Syawal 1428


Aku bermohon pada Engkau Ya Allah, agar diampunkan dosa abah, diterima amalannya dan tempatkanlah dia bersama-sama hamba-hamba-Mu yang Engkau redhai.

No comments:

Post a Comment