Pages

Sunday, December 30, 2007

BALIK RUMAH

Selepas 2 bulan tak tidor kat BS + macam2 agenda setiap minggu yg membantutkan plan nak balik tidor kat rumah, akhirnya weekend hari tu kami ber3 balik + tidor jugak kat rumah kami tu. Hmm, tu pon sebab ada org nak curi motor abg, kalau tak, mungkin tak balik2 jugak.

RINDU

Walaupon cuma rumah sewa + buruks plak tu, heh, tapi tu tetap rumah aku. Rasa macam hidup aku sama je macam sebelum ni. Sebelum ni kami cuma ber2 kat rumah tu, merasa hidup ber3 beberapa minggu je sebelum hidup ber5 skrg ni. So, kalau sapa2 tanya aku mcm mana rasanya hidup ber3 ni, maaf aku tak reti nak jawab sebab aku tak tahu.

Aku suka sgt duduk kat BS tu walaupon jauh. Kalau ada yg tanya kenapa nak ddk situ aku akan jawab, BS ni tempat sesuai nak besarkan anak, heh, ye la tu. Mungkin jugak kot. Sebabnya, rumah aku dekat dgn sekolah + masjid + depan rumah ada padang permainan, itu yg aku suka sgt tu sebenarnya + ada jiran2 yg baik.

Semalam, abg sibuk mengemas halaman rumah + pindahkan pokok cabai + serai + pokok limau + daun kunyit + pokok halia ke belakang rumah. Seriously, aku rasa macam kitorg nak ddk situ je balik melihatkan cara abg dok sibuk mengemas, tapi......entahlah.

Tidur atas katil sendiri + masak menggunakan peralatan sendiri + duduk atas sofa sendiri, semuanya nampak + rasa berbeza sekali. Dalam hati, aku taknak balik BC lagi, aku nak hidup aku yg dulu, tapi aku tahu tak mungkin.

Petang semalam, rasa berat hati je nak balik. Entah bila boleh balik lagi. Rasa2 mcm nak balik lagi je esok. Boleh tak???

No comments:

Post a Comment