Pages

Sunday, January 6, 2008

HADIAH TAHUN BARU

Pagi Isnin memang payah sikit nak start 'enjin'. Tapi kene start jugak sebab kerja memang banyak. Dahlah tinggal aku sorang je staff, staff sorang lagi dah berhenti. Biasalahkan, audit firm, high staff turnover.

Sampai highway Karak, erk, jem panjang. Sabar jelah. Nak pusing balik dah tak rajin.

Elok je aku stop, tekan brek, tiba2 je DEBUM. Alamak. Apa tu?? Keluar jenguk, huhuhu. Kena hentam. Yang langgar tu kereta Honda. Huhuhu, kete die takde apa2pon, kete aku, tengoklah.

Tapi relax je. Sebab memang die yang salah. Sembang2, rupa2nya jiran satu lorong. Lega.

Niat hati nak terus je pergi keja, tapi kakak tu suruh balik sebab suami die nak tgk kereta. So, kene la aku patah balik. EL lah lagi. Baru je beberapa hari start tahun baru, dah 2 kali aku EL. Isk.

Suami die sampai2 je terus tgk kete aku + bawak gi bengkel. Kene ketuk + tukar bumper. Kos, aku taktau sbb die yg kene bayar. Esok pagi siap. Huhuuuu. Masalah besar betol. Patah kaki aku takde kereta ni.

Esok aku ada interview pukul 8 pagi. PTD. Nasib ada kakak duduk dekat, so esok, bawak Perdanalah aku.

No comments:

Post a Comment