Pages

Wednesday, February 27, 2008

Ceritaku

Saya ingin bercerita kisah yang satu ini. Kak aidura pernah meminta saya berkongsi kisah saya ini tapi mungkin waktu itu saya belum bersedia walaupon saya sendiri teringin nak bercerita. Tapi saya tak pandai bercerita, saya akan ringkaskan sahaja.

+ Saat saya membaca blog kak aini tentang 3 cara Allah memakbulkan doa hambaNya, menguatkan lagi hati saya. Saya yakin akan janjiNya. Saya redha akan ujianNya.

+ Saya berjanji pada diri yang bulan 9 adalah bulan terakhir saya menangis bila bendera merah datang. Itulah kali terakhir saya menangis bersungguh2 + bersedih yang sungguh2.

+ Saya 'kosong' selama hampir 2 tahun. Saya kahwin pada 1/2005 dan disahkan mengandung pada 12/2006. Macam2 saya rasai sepanjang tempoh tersebut. Sedih semestinya dan saya terasa 'boring' dengan soalan2 wajib bagi pasangan yang belum ada anak. Percayalah, perasaan stress mmg tak elok bagi sesiapa yang mencuba untuk mengandung.

+ Percaya atau tidak, setiap sesuatu yang terjadi pada saya dalam perjalanan untuk mengandung terjadi secara kebetulan. Allah Maha Berkuasa, Dia yang mengaturkan segala kebetulan itu untuk saya.

+ Saya rasa stress dengan suasana di pejabat dan membuat keputusan bercuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk acca. Walaupon pada mulanya bercadang untuk berhenti je, tapi 1 income tak sama dengan 2 income.

+ Saya mula buat plan untuk study. Pertamanya saya perlukan kopi untuk berjaga malam, saya tak boleh minum nescafe sebab ada gastrik + migrain. Saya google pasal LASINDAH, menarik tapi harganya terlalu mahal buat saya yang tak bergaji selama 2 bulan ni.

+ Saya kemudian terjumpa GUARA cafe yang rupa2nya adik beradik je dengan Lasindah + harganya agak murah kalau jadi ahli. Saya terus mendaftar sebagai ahli. Kebetulan DCL sedang mengadakan promosi, jadi ahli dengan bayaran RM40 + RM8 dapat BIDADARI percuma. Walaupon mula2 saya tolak sebab tak berminat minum benda2 camtu, tapi entah kenapa saya ambil jugak tawaran tu.

+ Saya mula minum GUARA + BIDADARI .Selain tu, saya jugak minum JUS KURMA AS-SYIFA', itu untuk buatkan saya jadi pandai + rajin. *wink* BIDADARI saya cuma ambil waktu malam sebab paginya saya minum AS-SYIFA'.

+ Percaya tak...dengan minum GUARA saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 5kg.

+ Senjata utama org mukmin adalah doa. Saya mengamalkan doa Nabi Zakaria. Itu pon setelah saya terjumpa sewaktu membaca Tafsir Al-Quran. Saya tukar sikit2 + tambah2 dengan doa saya sendiri. Saya berdoa + mengadu hanya padaNya.

..........Ya Allah Ya Tuhanku, aku bermohon kepada Engkau kurniakanlah aku zuriat, janganlah Engkau biarkan aku hidup dalam kesunyian Ya Allah...............

..........sesungguhnya Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu yang anak adalah anugerahMu yang Engkau berikan kepada mereka yang layak, jika aku masih belum layak Ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu, Engkau berilah padaku setelah Engkau rasa aku telah layak............


+ Saya terbaca tentang hari subur dan rupa2nya selama hampir 2 tahun tu saya tersalah kira hari subur saya. Isk. Saya mula buat kiraan dan kitaran haid saya menunjukkan saya subur pada hari ke 18-22 bukan pada hari ke 14. Saya bersyukur sebab saya mmg catit setiap kali saya datang bulan, dan ini memudahkan saya buat kiraan. Caranya, ambil sekurang2nya 6 bulan period, ambil kitaran yang terendah dan tertinggi. Untuk kitaran terpendek tolak 18 hari = hari pertama kesuburan. Untuk kitaran terpanjang tolak 11 hari = hari terakhir kesuburan.

+ Dua bulan di rumah, saya punya masa untuk untuk diri + beribadat. Saya stress free. Setiap pagi saya dapat menunaikan solat Dhuha, ditemani kicauan burung2 diwaktu pagi. Indah sungguh perasaan waktu itu.

.............Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya waktu Dhuha adalah waktuMu, keindahan adalah keindahanMu, kecantikan adalah kecantikanMu, kekuasaan adalah kekuasaanMu dan perlindungan adalah perlindunganMu..........

............. Ya Allah, jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah, jika masih didalam bumi keluarkanlah, jika jauh, dekatkanlah dan jika haram sucikanlah, berkat waktu Dhuha, keindahan, kecantikan, kekuasaan dan perlindunganMu Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki seperti yang telah Engkau berikan pada hambaMu yang soleh..........


Itulah sahaja yang saya lakukan. Walaupon saya pernah diberitahu yang peluang untuk saya mengandung amat rendah, tapi dengan kuasa Allah, segalanya mungkin. Berdoa, berdoa, berdoa, berikhtiar dan berusaha.

Untuk yang kedua, saya tak perlu menunggu lama. *Alhamdulillah*

No comments:

Post a Comment