Pages

Monday, March 10, 2008

Makan Sate

Nak cakap apa lagi ya? Keputusan pilihanraya dah diketahui. Ada yang gembira + ada yang macam kena tekanan jiwa.

Aku, balik Taiping semata2 untuk mengundi. Ambil cuti emergency sbb kakakku nk blk hari Khamis. Mulanya bos tak bagi, tapi aku mendesak, hehehe...kataku aku kena balik jugak sebab aku nak undi B*. Akhirnya bos mengalah.

Hari Sabtu, pagi2 lagi mak dah menyorong basikal nak pergi mengundi. Bersemangat betol kali ni. Balik je bagitahu die undi siapa. Atah pulak taknak pergi mengundi, dah 3x die tak mengundi. Jenuh la aku pujuk suruh pergi, die tetap taknak. Marah sebenarnya die, sebabnya cukai tanah dari RM50 dinaikkan sampai RM150, tu tak masuk cukai pintu lagi. Bagi org tua yang tinggal di kg, jumlah tu sememangnya besar.

Aku pergi mengundi dgn kak lin. Disebabkan hari hujan, jalan jadi sesak. Ramai jugak peraih undi yg kebetulan jiran2 aku. Kebetulan pulak aku bawak payung hijau, sorg pon org BN tak tegor aku, hehehe. Kak lin plak, terlebih ramah, siap berbual dgn jiran2 aku yg BN tu, tambahan plak payung die color biru.

Pukul 3 aku selesai mengundi. Yakin sekali aku yg mana pilihan aku. Sengaja aku tekan kuat2 kertas undi tu. Buat garisan cantik2. Hehehe, macam la dapat markah erk.

Malamnya, berjaga dengan abg menunggu keputusan. Puas hati + gembira dengan kejayaan menakluk 5 negeri. Teringat tulisan di paper beberapa hari lalu, diejek2nya ayat 'makhal sakti' sebagai 'makan sate', nah, sekarang rasakan penangan 'makan sate' yang diejek2 sebelum ini.

No comments:

Post a Comment