Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Bukan hanya dalam bentuk material semata2.
Sungguh, aku bersyukur dengan setiap rezeki dari-Nya.
Sihat tubuh badan + mampu melakukan pelbagai aktiviti + bergerak kesana kemari + mampu bekerja + memandu kereta + membaca + banyak lagi.
Yang paling penting,
sudah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik. Iyer, dulu aku tak pernah berangan nak berkahwin, sebabnya, aku fikir takkan ade siapa yang nak. Kehadiran si dia telah melengkapkan hidup aku.
Rezeki anak.
Mungkin aku tak nampak sebelum ni, tapi, rezeki susu badan yang tak henti2 merupakan nikmat yang cukup besar buat aku. Kalau ikutkan aku yang selalu culas mengepam ni, bila2 aja Dia boleh tarik balik, tapi, Alhamdulillah, panic button masih belum boleh ditekan lagi. Sekarang ni, sudah ade 30oz stok EBM dlm freezer, takut punya pasal, baru berusaha lebih sedikit.
Tak cukup sorang,
Allah bagi lagi sorang anak. Alhamdulillah, setelah lama menunggu yang pertama, yang kedua, Dia permudahkan walaupon sebagai seorang wanita + isteri + ibu, aku tak cukup sempurna.
Banyak + tak putus2 rezeki yang diberikanNya.
Cuma aku sahaja perlu lebih bersyukur + lebih memahami + lebih menghayati.
No comments:
Post a Comment