Pages

Tuesday, May 6, 2008

Berjalan Lancar

Automatic terjaga jam 530, kalau kat rumah MIL dulu, jangan haraplahkan nak bangun awal. Isk. Selalu bermalas-malasan dulu dengan Khayrin atas katil.

Macam biasa, susukan Khayrin dulu sampai pukul 610. Khayrin sambung tidur + masukkan dalam cot + turun bawah pam susu + masak air + masak bubur Khayrin. Semuanya mengikut unofficial timetable. Official timetable tak buat lagi ni. Isk.

Tapi yang penting, semuanya berjalan lancar.

Mesti pelikkan kenapalah aku ni dok masak bubur Khayrin hari2.
Entahlah, aku pon sebenarnya bukanlah rajin sangat orangnya. Tapi, benda tu pon bukanlah susah nak dibuat. Cuma letakkan bahan2 dalam periuk, nyalakan api, tunggu je die masak, pastu dah masak, blend.

Sebenarnya, aku tak prefer bagi makanan segera untuk anak aku, iyer, mula2 dulu memang aku beli bijirin segera je untuk Khayrin, tapi, lama2 timbul kesedaran nak buat sendiri. Sebabnya, bukan susah sgt nak buat sesemua tu + anak aku dapat rasa air tangan ibunya sendiri + dapat makan makanan yang fresh from home.

Untuk susu pon aku pakai kaedah yang sama.
Jarang sekali aku bekalkan die frozen EBM, sebabnya susu yg dah beku khasiatnya sudah sedikit kurang berbanding fresh EBM. Tapi susu ibu tetap lebih baik dari susu2 lain.

Memikirkan aku nak anak aku dapat lebih khasiat, sebab tulah aku sanggup bersusah payah sedikit. Berusaha keras pam untuk bekalkan fresh EBM + kalau tak cukup, aku sanggup balik rumah hantar bekalan. Tapi sekarang ni, mungkin tak bolehlah nak balik camtu dah, nak tak nak kena sediakan stok beku, untuk emergency case.

No comments:

Post a Comment