Pages

Thursday, August 7, 2008

Countdown : 10082008

Kali ni nak story pasal peristiwa yang terjadi pada abah Khayrin pulak, tapi sikit je la.

Abah Khayrin ni jenis yang tak banyak cakap, senyap je orangnya. Kadang2 tak larat jugak dengan perangai dia yg satu ni, tapi nak buat camanakan, dah memang cam gitu orangnya.

Tapikan, dalam senyap2 tu, dia rajin gak membebel kat aku pasal tahap kemalasan aku yang amat tinggi dalam bab2 mengemas ni. Asyik nak tunggu mood je katanya, tah bila tah mood tu nak datang.

Dia jugak suka bebel pasal tahap kerajinan aku isi minyak. Tambah2 hari Jumaat, selalu je aku biarkan minyak kering. Ingat lagi tahun lepas, dibebelnya pasal betapa malasnya aku nak stop isi minyak, nanti kalau tiba2 nak beranak macamana? Tak ke menyusahkan. Huhuhu. Tak terpikir plak aku sampai tahap camtu.

Aku pulak memang selalu la berangan2, macamana la agaknya ya kalau tiba2 keter aku habis minyak kat tengah2 highway or tengah2 jam tu. Apa la yang aku nak buat, kalau mintak tolong abang, sudah semestinya aku akan kene bebel. Hehhee...dasyatkan aku, pasal minyak habis pun boleh berangan. Pagi tadi pun sebenarnya minyak aku dah berkelip2 mintak diisi, ada hati plak lagi tu taknak pergi isi. Tapi, sebab tak sanggup jadi kejadian yang tak diingini, pergilah jugak isi.

Baru je aku masuk highway, tetiba je abang call. Hmmmm, musykil ni, sebabnya dia teramat2 jaranglah nak call aku kecuali ada hal2 penting seperti tertinggal kunci dalam rumah.

Rupa2nyakan....minyak motor dia habis tengah jalan. Hahahhaha....tapi takdelah aku gelakkan dia, control ar kan, mau kecik hati laki aku tu, dah ar tengah gelabah minyak habis, dah tu takde orang pulak tu lalu kat jalan tu. Katanya ingatkan sempat sampai ofis tapi, huhuhu.

Nak tak nak, kenalah aku patah balik. Dalam hati dah berkata2 dah, tu la, selalu cakap kat aku lagi, kali ni....hehehehe.

Elok2 je aku patah balik kat Rawang, die call, kata ada orang nak tolong, orang tu pergi sedut minyak jap. Aku yang dah patah balik ni rasa cam nak bebel pon ade gak. Isk. Aku dah ar lambat, alang2 lambat, biar lambat terus. Banyak kali gak tanya abang, betul ke orang tu nak tolong. Abang pun cuak le gak.

Since aku rasa tak berbaloi aku patah balik pastu tak tolong suami aku tu, aku pon pergi la belikan minyak. Nasib baik tokey Mobil tu baik gile. Die kosongkan botol mineral untuk aku + isi minyak [kene bayarla kan rege minyak tu] pastu siap nak hantar aku lagi sebab dia ingat aku yang jalan kaki.

Abang pulak, orang tu memang betul2 la tolong die + dah boleh gerak pon motornya.
Aku pass la minyak yang aku dah beli tu kat die + sempat lagi bagi nasihat + gelak2 sikit kat die.

Lepas tu, pecut la aku ke office.

No comments:

Post a Comment