Pages

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri

Esok, balik tepen.
Sepanjang Ramadhan, masih belum berkesempatan nak balik berbuka dengan mak.
Bestnya rasa. Esok dapat makan masakan mak.
Harap2 dah siaplah semua tempahan kuih raya mak tu.
Sebabnya, kalau mak sibuk buat kuih, disuruhnya aku masak.
Bab masak yg lemah sikit ni.

Plannya, isnin balik semula ke rumah.
Dan selasa, bergerak ke Tanjong Karang.
Beraya di kampung MIL.
Dan pastinya, Aidilfitri kali ni amat berbeza.
Tanpa FIL.
Sayu je rasanya hati ni.
Dan tak sanggup rasanya nak menziarahi pusara FIL.

Raya ke 3 - jumaat - baru balik tepen semula.
Sampai isnin je sebab selasa malam abang kene ke Sabah.
Bohsan je rasanya.

Raya tahun ni memang sempoi.
Tak ada pun baju baru buat kami suami isteri.
Recycle je baju yang ade.
Buat Khayrin, ummi belikan baju kurung label sendiri, MyFirStep + 2 gaun.
Takdenya pakai yang matching2.
Ummi + abah pakai purple, khayrin pakai pink.
Ummi memang selamba, tak kisah nak baju sama ke tidak anak beranak.
Janji ade baju.
Kuih raya langsung tak buat, beli pon tidak.
Biasalahkan, balik tepen nanti, kita bungkus je kuih opah.

Lastly,
Di kesempatan ini, maaf dipinta atas segala salah dan silap.
dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.

buat yang jauh diperantauan, relax yer.
time nilah nak merasa raya sebagai orang bujang....hehehehe.
jangan 'melalak' pagi2 raya nanti dahlah walaupun ko memang terror bab2 control macho ni.

No comments:

Post a Comment