Mungkin dah sampai tahap maksima khayrin menahan rindu pada abah. Hari Rabu petang start demam. Mulanya masih biasa2. Malamnya, panasnya naik dan sampai ke pagi panasnya masih belum kurang.
Hari khamis, bawak ke klinik. Demam + batuk.
Balik je rumah, sambil baring2, dipanggil2nya abah berulang2 kali.
Kesian sungguh aku tengok, tapi nak buat macam mana.
Hari jumaat, keadaannya masih sama.
Menjelang malam je, panasnya menjadi2.
Tak sabar tunggu sabtu, tapi lambat pulak rasanya nak tunggu abg sampai rumah.
Buat keputusan ambik kat airport.
Walaupun khayrin agak kuyu je, sebab dah 3 hari demam, aku kuatkan jugak hati, usung jugak khayrin ke klia. Dan, khayrin pun macam dah faham, nak ambik abah, behave sangat2 dalam kereta + tahan mata dari tidur.
Sampai airport, disebut2nya nama abah.
Reaksi khayrin lepas 12 hari tak jumpa abah? Terdiam + blur + tergamam.
Mungkin sebab dah lama tak jumpa, die jadi tak tahu nak buat apa. Nak panggil 'abah' pun tidak. Diam je.
Pagi ahadnya, demam dah kebah, Alhamdulillah. Memang risau sgt2 sebab tak pernah die demam selama ni. Ubatnya dah balik, hilang terus demam. So sekarang ni, die sedang mengada2 dengan abahnya. Kejap2 merengek, kejap2 menangis, dideranya abah cukup2.
Yang paling tak tahan tu, pagi2 semalam, dipanggilnya abah, abah tak menyahut + tak pandang pun. Apalagi, terus menangis sekuat hati macam kena marah je. Gelabah abah dibuatnya. Terus tak jadi sambung tidur. Kena entertain khayrin. Ummi plak, ape lagi, abah dah balik, boleh zzzzzzzzz lama2 sikit.
No comments:
Post a Comment