Pages

Friday, December 12, 2008

The end ?

Dah dua kali die buat macam ni.
Bila mengadu kat abg, abg sokong je ape yang die buat.
Isk, sedih je rasanya.

Aku sendiri pun sedar, satu hari nanti memang akan jadi macam ni.
Cumanya, aku tak sangka secepat ini.
Setiap hari aku berdoa + berharap aku dapat menyusukan khayrin selama 2 tahun.
Tapi, mungkin ni perancanganNya, sebabnya, aku sendiri tak pandai merancang.

16 bulan,
belum puas rasanya aku menyusukan khayrin.
Memang sedih + rasa lain macam je bila khayrin reject susu aku + mintak kat abah susu soya yang selalu diminumnya.

Khayrin cuma fully bf + ebm selama 13 bulan je.
Mula bulan puasa, bila production aku merudum + demand more than supply, aku buat keputusan untuk bagi other alternatif.
Alhamdulillah, khayrin tak banyak ragam + accept that soya milk.
Ingatkan cuma untuk 2 minggu ramadhan je, tapi lepas raya, production betul2 kurang.
Aku cuma mampu bekalkan 5oz je setiap hari.
Walaupun abg bagi semangat, akhirnya aku mengalah + terus bekalkan dengan soya milk.

Mulanya, memang aku salahkan diri sendiri sebab tak buat stok banyak2, tapi sedaya mungkin aku cuba tenangkan diri sebab taknak susu aku terus kaput.
Apa yg berlaku merupakan pengajaran buat aku + persediaan untuk next baby.
Dan aku anggap, semua ni ada hikmahnya.

Selama 3 bulan ni, Khayrin siangnya minum soya, malamnya tetap bf.
Sampailah malam tadi.
Tetiba je taknak susu ummi.
Dah tak sedap ke? Selalu aku tanya, katanya daaappp...
Mungkin dah tiba masanya kot.

Satu yg buat aku pening sikit, macam mana nak tidurkan khayrin?
Selama 16 bulan ni, die akan mengempeng sebelum tidur.
Cara lain memang aku tak tahu.
Nasib baik sangat2, untuk tidur + dose tengah malam, die masih mahu susu ummi.
Legalah sikit.
Cumanya, aku perlu bersedia bila satu hari nanti, die dah betul2 taknak.

No comments:

Post a Comment