Lebih kurang tinggal 26 hari lagi sebelum EDD baby.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ni. Tak sabar nak tunggu baby keluar. Tapi nanti mesti ummi rindu masa2 baby dalam perut, tendang sana sini.
Takpe, next2 baby nanti kan boleh rasa lagi.
Pergerakan baby ok, walaupon kdg2 ummi lupa nak kira.
Darah ummi sedikit naik la compare to sebulan yg lalu. Tu sebab malas makan ubat.
Dan akibat malas minum susu, kaki cramp beberapa kali.
Adeiii...mmg sakit betullah, tambah2 abg takde nak tolong betulkan. 3 hari jugaklah aku jalan terhencut2.
Berat plak dah turun setengah kilo. Ni gara2 malas makan sbb abah takde la ni. Tapi takpe, tak membimbangkan pon. Misi pon relax je, die kata normal. Hehehe...die tak tahu yg aku ni mmg tak makan nasik, asyik kunyah roti je.
Beg dah dikemas + simpan dalam boot. Cuma ada 2 3 benda barang ummi yg belum dibeli + dimasukkan dalam beg lagi.
Sekarang ni ummi sibuk membaca pasal HypnoBirthing.
Menarik yang teramat.
Nanti bila dah habis baca, akan aku coretkan pasal teknik ni di sini.
No comments:
Post a Comment