Pages

Tuesday, June 9, 2009

Merdeka

Sudah habis 44 hari pantang ku yang sebenarnya seperti tak berpantang pon.

Di beri satu kesenangan namun diuji pulak dengan beberapa ujian. Kesenangan yang diberiNya memang memudahkan, dan memang satu kesyukuran yang amat dengan kesenangan tersebut.

Berulang alik ke klinik kesihatan + hospital memang memenatkan.
Tapi semuanya ada hikmahnya.
Alhamdulillah, Khalisa sudah sihat sepenuhnya.
Dan ummi pulak, walaupun agak sedikit mengelat berpantang kali ni, harap2nya takdelah ape2 masalah kesihatan lepas mula bekerja kelak.

Ramai yg memberi nasihat, kesannya hanya akan ternampak bila mula bekerja ataupun semakin meningkat usia, tapi nak buat macam manakan, kesihatan anak2 lebih utama. Untuk ummi, ummi rasa banyak produk2 kesihatan yang boleh dicuba berbanding kalau anak2 yang sakit.
Dan, ummi kene tambah hari berpantang. Buat masa sekarang masih lagi tak minum minuman berais dan makan makanan yang sejuk + berangin.
Takpelahkan, kene jugak jaga badan ni.

No comments:

Post a Comment