Pages

Friday, October 30, 2009

Khalisa at 6 months


Dah setengah tahun berlalu since i gave birth to my second angel, Khalisa.
Sekali pon ummi tak pernah buat any entry pasal Khalisa, perkembangan bulanan, tak macam yang ummi buat untuk Khayrin. Bukan ummi malas atau nak beza2kan tapi memang takde mood.
Bukan jugak ummi nak membanding2kan development kedua2 anak ummi ni, sebabnya, ummi pon sedar, tahap perkembangan setiap anak adalah berlainan.
Cumanya, mood nak berblog hilang lepas khalisa lahir.

2 bulan pertama, penuh ujian buat ummi + abah.
Tapi bagi ummi, lebih2 lagilah. Sebabnya, 9 bulan ummi kandung khalisa, bertarung nyawa melahirkan khalisa dan melalui pantang dengan ulang alik ke hospital. Letih memang letih tapi Alhamdulillah, Allah tolong ummi melalui fasa tersebut dengan hati yang tenang.
Ummi takut sebenarnya, takut sangat2 kalau Allah ambil balik khalisa dari ummi. Disebabkan kecuaian ummilah khalisa sakit. Alhamdulillah, ujian tersebut buat ummi lebih berhati2.
Dan, tengoklah sekarang, khalisa memang 'sehat'.

6 bulan.
Khalisa sudah boleh menjulur ke hadapan + sedang menyiapkan badannya untuk merangkak.
Meniarap pada 4 bulan, tumbuh gigi masa 4.5 bulan dan go-stan masa 5 bulan.
Teramatlah peramahnya baby ummi ni.
Kuat senyum + mesra dengan orang. Hulurlah tangan, die akan nak je kat semua orang.
Setakat ni, tak pernah demam lagi setiap kali cucuk.
Even masa cucuk 5 bulan pon, ummi dah get ready if khalisa demam, tapi Alhamdulillah, tak demam langsung. Ummi plak yg dok terjaga2, kejap2 checkkan khalisa, takut2 dah panas badan, tapi takde.
Ummi + abah punye conclusion, maybe dah terlampau banyak ubat + antibiotik kat badan khalisa sampai kalis demam. Dah tak larat dah khalisa nak makan ubat kot.

Berat pulak memang khalisa agak debab.
Masa 5 bulan sudah 8.4kg beratnya, 6 bulan ni belum timbang lagi.

Sudah 6 bulan tapi masih belum start makan2 lagi. Cuma kadang2 ummi bagi biskut, buat asah gusi. Cuba jugak suap bubur or avocado, diluah2nya balik. So, conclusionnya, khalisa masih belum bersedia lagi. Takpelah nak, we will wait until you ready.

No comments:

Post a Comment