Pages

Sunday, November 22, 2009

Khayrin.Potty.Train

2 minggu yang lalu pada hari minggu,
Khayrin takmo pakai pampers nak pakai seluar kecik je + ummi malas nak paksa2 yang mana nanti akan berakhir dengan raungan kesedihan, ummi biarkan aje sambil2 berpesan; "Khayrin nak kencing bagitau ummi tau".

Sebab daku memang jenis tak rajin nak lap2 ni, setiap jam aku mengingatkan si Khayrin benda yang sama dan die cuma mengangguk sambil kata taknak.

Lebih kurang 1 jam selepas itu, die datang kat aku sambil bagitau nak 'ching'.
Okkay, jom p bilik air + ummi 'aturkan'.
Second time, pon sama.
Khayrin bagitau ummi + ummi 'aturkan' + berjaya.

Begitu juga hujung minggu yang lalu dengan jayanya Khayrin melatihkan dirinya tanpa perlu ummi yang melatihnya.

Tak faham?
Sebenarnya aku takdelah plan nak potty train Khayrin seawal ini, memang ada intention sebab Khayrin dah pandai bercakap tapi disebabkan kemalasan tahap gaban untuk aktiviti mengelap, kutangguhkan sampailah Khayrin sendiri takmo pakai pampers + memaksa ummi untuk melatihnya.

Cuma hujung minggu je blh pampers-free, kat rumah mak, still berpampers, sian plak kat mak klu2 Khayrin terbuang or tak sempat p bilik air.

At 27 months, kira oklah tu kan.
Cuma nak kene asah sikit je lagi si ummi khayrin ni, bagi rajin sikit train Khayrin.

1 comment:

  1. bagus la tu zilla..
    cam k ira ni mmg agak susah sket sbb ayna x reti lg nak menyusun ayat bgtau nak kencing.. dia just tunjuk2 je.. kadang2 x perasan.. haha.. ye, perlu tahap kesabaran dan kerajinan yg tinggi ye.. :)

    ReplyDelete