Kami meraikan tarikh kami dinikahkan pada 22.01.2010 yang lalu. Sudah agak basi bukan? Sebab dah lama baru nak meng-update ceritera yang satu itu.
Seriusly, kami tak plan apa-apa. Biasalahkan, suami saya bukanlah seorang yang jiwang karats, bukan jenis bagi bunga 5 bakul untuk sambut anniversary yang ke 5, bukan juga jenis yang nak bawak isteri pergi candle light dinner berdua-duaan sahaja atau paling best, pergi second honeymoon.
Dia blur dan saya pun lagilah blur nak buat apa time-time anniversary nih. Tambah-tambah aktiviti yang memerlukan pengeluaran wang dari mesin ATM, lagilah kaaannnn.
Saya cuma cakap kalau boleh kita cutilah hari tu nanti. Tapi boleh pula dia kata nak buat apa? Ouch, memang tipikallah bila suami saya berkata-kata seperti itu. Dan saya pun assume yang dia tak cuti maka saya pun tidaklah ambik cuti pada hari tersebut.
Tapikan, bolehlah pulak hari Rabu tu, suami saya kata yang dia cuti. Adeiii, telah gelabah disitu sebabnya saya memang tak boleh cuti sebab cuti sudah dibekukan musim-musim sejuk di UK pada masa ni. Tapi takpe, macam biasalah, tak boleh cuti saya bolehkan jugak tambah-tambah saya memang ada valid reason.
Hari sebelum hari kejadian. Suami saya tanya nak buat apa cuti? Saya kata saya nak jalan-jalan. Lepas tu dia kata bawak anak-anak tak? Saya kata tak. Suami saya tanya lagi, kenapa taknak bawak anak-anak sekali, siapa nak jaga diorang? Adeiiiii.....taknak sebab saya nak celebrate anniversary saya dengan dia sahaja sebab kami dah lama tak keluar berdua-duaan tengok wayang jalan berpegangan tangan dan bukan pegang tangan anak sorang satu dan makan bersama-sama tanpa mengambil nombor giliran.
Okkay. Suami setuju dan pada hari kejadian, inilah yang berlaku.
Kami jalan-jalan, pergi MPS bayar cukai tanah dan pergi tingkat 6 tanya samada permit nak buat pagar dah diluluskan atau tidak sebab dah sebulan kami nak buat pagar tapi permit tak keluar-keluar lagi sebabnya takde permit boleh kena saman walaupun sebenarnya kami dah buat pun pagar tu ehhh bukan kami yang buat, tapi matnor, seorang indonesian yang suka hati die je macamlah pagar tu pagar die, orang nak color lain die cat color lain, isk. Dengan riak kecewa sebab permit tak lulus lagi walaupun janji 14 hari bekerja dah lulus kami pun pergi bank bukak akaun dan melakukan sedikit kerja-kerja pejabat diluar pejabat. Sungguh bosan bukan? Sepanjang pagi kami menghabiskan masa disitu sahaja.
Kami branch di PappaRich. Kami teringatkan anak-anak.
Kemudian suami pergi solat jumaat dan saya pergi bekerja sekejap di kedai kakak saya. Saya teringatkan anak-anak.
Kami merancang nak menonton movie, Avatar. Tapi malangnya tiket hanya pada pukul 3.30 dan kami tak boleh balik lambat sebab kami kena jemput anak-anak.
Kami makan aiskrim dan kami teringatkan anak-anak.
Masa makan aiskrim, kami plan nak tengok jugak Avatar malam ini jugak dan kami akan bawak anak-anak sekali. Okkay, done, kami beli 7 tiket Avatar jam 10 malam. Kami tengok wayang malam tu dengan keluarga kakak saya sekali.
Akhirnya anniversary kami diraikan bersama anak-anak.
Saya kadangkala terpengaruh dengan ayat-ayat yang walaupun dah ada anak, tapi suami + isteri at least mesti ada time-out jugak sekali sekala. Malang sekali buat kami, difikiran kami hanya ada anak-anak. Tak seronok rasanya berjalan pegang-pegang tangan tanpa tangan-tangan sikecil itu. Mungkin apa yang sesuai buat orang lain tak sesuai buat kami, mungkin tidak sesuai buat masa sekarang. Mungkin bila anak-anak dah besar, kami boleh dating semula. Mungkin!!!
mesti.baca.: satu perkara je yang saya rasa suami saya buat sendiri takpayah disuruh dan saya sangat suka, dia buat reminder dalam hp dia 'jartzilla's anniversary'....sebabnya, saya pun tak buat bende tu....isk...
No comments:
Post a Comment