Tuesday, May 4, 2010
Saya sakit mata
Ni hari pertama saya sakit mata tapi ummi bawak pergi jalan-jalan cari makan kat secret recipe sebab ummi nak belanja kitrg semua sebab ummi dapat gaji + naik gaji + naik jadi manager. *Alhamdulillah* Masa ni mata khalisa tak berapa sakit lagi jadi tak gatal-gatal sangat dan khalisa pun tak gosok-gosok matanya.
Ni pulak hari ketiga khalisa sakit mata. Gambar ni ummi ambil masa khalisa tengah tidur sebab tulah ada air liur basi muka comot comot ni. Apelah ummi ni, tak glamer la. T_T
Mata pun dah bengkak sebelah masa ni sebab khalisa gosok-gosok kot masa tidur sebab masa siang ummi sentiasa pegang je tangan khalisa kalau khalisa pegang-pegang mata ni.
Huhuhu...mata saya sepetlah ummi.
Tapi walaupun sakit mata aktiviti khalisa tetap macam biasa. Panjat meja sorong kereta naik tangga gaduh dengan kakak. Hehehe. Hari ni hari isnin tapi khalisa tak pergi rumah nenek miah sebab ummi EL sebab nak jaga khalisa. Ummi sedih je sebab khalisa tak baik-baik lagi. Kejap-kejap ummi titik air susu kat mata khalisa. Best tau duduk rumah dengan ummi dapat susu direct dengan ummi dapat main-main dengan ummi. Bila la erk ummi nak duduk rumah je jaga khalisa + kakak?
Ni pulak gambar hari selasa masa ummi makan tengahari kat kedai makan nenek yani. Ummi nak bawak khalisa pergi jumpa doktor soh kat dsh sebab geram sangat mata khalisa makin bengkak tak baik-baik. Tapi dalam gambar ni macam mata khalisa dah tak sepetkan? Ummi tu risau lebih-lebih sangat. EL lagi ummi hari ni tapi ummi tu tak kisah sebab pada ummi anak-anak lebih penting.
So hari ni mata khalisa masih sepet tapi dah tak bengkak. Nanti khalisa update lagi yer.
Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment