Pagi-pagi memang dah jadi tugas saya hantar anak-anak kerumah pengasuh dan sekolah walaupun ikut perjanjian tidak bertulis diantara saya dan suami die kena hantar khalisa dan saya hantar khayrin tapi sebab pagi-pagi saya jenis yang bangun lambat pastu baru nak packing baju + susu + segala mak nenek jadi tak bolehlah ikut perjanjian tu sebab nanti die akan lambat sampai ofis sebab die kene punch card sebelum pukul 8 tapi sejak saya bersalinkan khayrin punch card die tak pernah tak merah hari-hari merah disebabkan isteri terchenta beliau yang serba selow ini T_T
Jadi setiap pagilah saya akan melalui drama airmata anak-anak. Drama yang melibatkan kakak khayrin sudah lama berakhir sejak saya masukkan ke playschool. Sudah tamat cerita tersebut saya ingatkan dah takde dahlah drama-drama sebabak di pagi hari yang boleh membuatkan hati saya luluh lagi tapi rupa-rupanya saya masih perlu melaluinya lagi mungkin selama mana saya menghantar anak saya ke pengasuh [kot].
Drama dengan Khalisa pulak kali ini. Hati saya betul-betul luluh tapi tidaklah sampai menangis sebabnya saya tahu pengasuhnya jaga die dengan baik dan saya pulak perlu bekerja. Tak payahlah nak explain sebab saya tahu saya hanya menyedapkan hati sendiri je kalau saya bagi alasan-alasan kenapa saya perlu bekerja, kannn? Saya tahu anak-anak saya akan faham tapi drama-drama sebabak ni betul-betul buat saya susah hati dan mula berfikir kembali yang saya mungkin perlu kerja yang lebih fleksibil sebab saya mahu lebih banyak waktu bersama anak-anak.
Tapi saya tak tahu nak buat apa kalau saya tak kerja makan gaji sebabnya untuk duduk dirumah tanpa sebarang income atau semata-mata mengharapkan gaji suami terus terang kami belum mampu tambah-tambah simpanan pun tak berapa nak ada. Saya masih sedang dalam tahap mencari idea apa yang boleh dibuat untuk at least dapat separuh dari gaji saya sekarang setiap bulan bagi menampung perbelanjaan kami setiap bulan. Tak mudah sebenarnya sebab liabiliti kami meliputi rumah + 2 buah kereta + study loan + bla bla bla and the list continue.......
Saya bagi masa sehingga akhir tahun ni je pada diri saya untuk menjadi WAHM. Insya Allah.
chaiyok chaiyok!!
ReplyDelete