Pages

Friday, June 11, 2010

Pertama kali

Hari Sabtu tapi saya kena datang ofis untuk buat-buat kerja [kalau bos ke ofismate baca ni sure bengang nih].

Encik suami saya yang terchenta itu masih belum pulang dari Sabah jadi tiada siapa nak jaga khalisa. Kenapa khalisa je khayrin mana? Khayrin tu setiap jumaat atau ikut suka hati die bila die ada mood nak sleep over kat rumah nenek die akan minta dihantarkan kesana dan ummi dengan senang hati akan hantar sebab boleh berdua-duaan dengan abah khalisa.

Sebab dah buat plan nak buat akaun hari ni jadi khalisa tak boleh dibawa ke ofis sebab nanti satu kerja le tak boleh buat jadi bila nenek offer nak jaga khalisa walaupun rasa cam tak sanggup je sebab nanti depa nak keluar-keluar dan agak sibuk pastu khalisa ni still dengan susu ummi jadi rasa cam agak berat jugaklah tapi mengenangkan kerja-kerja ofis terpaksakan jugaklah hantar khalisa kesana.

Surprise surprise.
Pagi tadi khalisa tengok je ummi bila ummi melangkah keluar rumah nenek. Suka yer die. Tambah-tambah ada kakak + maksu + paksu + cikdi + nenek jadi tak kisahlah ummi takde. Cuma ummi je risau ni sebab khalisa nanti dah busy main taknak susu pulak.




Hopefully semua okay + tak sabar nak balik dengar cerita budak yang pertama kali kene tinggal dengan nenek ayin.

No comments:

Post a Comment