Betul tak?
Kalau masuk trimester kedua sepatutnya dah takde dah loya-loya ni. Tapi pagi ni terlebih-lebihlah pulak keloyaannya. Muntah pun dah sudah dah, isk, tak selesa sungguh.
Malam tadi khalisa asyik nak susu je.
Kena marah dengan ummi tersedu-sedu die nangis. Bila disuruh tidur dibuat-buat pejam mata. Mulutnya dimuncungkan. Kesian sangat tapi ummi tak laratlah khalisa, kamu asyik mengempeng je padahal dekat sejam dah takkanlah tak kenyang-kenyang.
Pagi tadi pun sama, terjaga nak susu sampai menangis-nangis. Bila abah bagi susu botol tak mahu nangis-nangis sampai terus tertidur. Kesian jugak ummi tengok tapi ummi nak cuba kurangkan bilangan bangun malam khalisa untuk menyusu. Serius, die bangun banyak kali setiap malam + minumnya sikit-sikit je pun. Hmmm...ummi teringin je nak khalisa tidur straight dari jam 8 malam sampailah 8 pagi esoknya tapi sampai sekarang tak dapat-dapat jugak train kamu sayang.
Mencabar sebenarnya menyusukan anak + mengandung. Memang ni lah satu perkara yang saya nak elakkan sangat-sangat sebab dah rasakan pengalaman tu dulu. Tapi dah rezeki macam tu + kene terima + kuatkan hati je untuk terus susukan khalisa sampai umur 2 tahun.
No comments:
Post a Comment