Pages

Sunday, September 5, 2010

Anak sulung saya

Khayrin sudah hampir 3 tahun 1 bulan.

Selama tiga tahun ni masih tidur dengan ummi dan abah. Ya, berhimpit empat beranak atas katil queen kami sebabnya walaupun disuruh tidur atas tilam nangis-nangis takmau makanya mahu tak mahu berhimpitlah kami. Owh, abah pun takmau mengalah nak jugak tidur atas katil tapi bila dah sakit-sakit badan sebab tidur kejung macam tu je tak boleh golek-golek barulah abah tukar tempat tidur bawah. Hehe.

Dua malam lepas ummi saja-saja je mintak khayrin tidur bilik sendiri.
Bentangkan tilam je sebab katil khayrin sudah ummi angkat masuk bilik ummi untuk jadikan katil ummi yang queen kepada king. Dengan happynya khayrin sanggup tidur kat bilik sendiri.
Malam kedua pun masih mahu tidur dibilik sendiri. Dan malam semalam malam ketiga untuk khayrin tidur sendiri, ummi angkut semula katil khayrin pindah bilik khayrin balik.

Ummi tahu khayrin gelisah. Pukul 12 malam beberapa kali dengar tapak kaki khayrin ulang alik menjenguk bilik ummi + abah. Tapi tak pulak masuk untuk tidur sekali. Pagi tadi masa bangun sahur khayrin tidur lena je atas katil sendiri. Memang rasa sayu sebab kalau boleh memang taknak pisah bilik lagi tapi mengenangkan nanti khayrin ada adik lagi mana pulak ummi nak letak?

Lepas ni kena ajar khalisa pulak tidur dengan kakak. Pertama kali kakak tidur bilik sendiri khalisa pun sama la ulang alik ke bilik kakak menjenguk. Sekejap-sekejap baring dengan kakak lepas tu balik ke ummi pergi balik bilik kakak akhir sekali terus mengempeng kat ummi.

Sekejap je rasa. Khayrin dah big girl. 

2 comments:

  1. oklah tu.. ajar khalisa pula, nak bagi dia suka tidur sendiri.. hias-hias la bilik

    ReplyDelete
  2. good3x..aku x tau lagi bila nak asingkan tido..walaopon tau aqil dah leh tido asing..si aqmal tu..hoh..mcm icha...bila nak nyusu tu..tp aqmal belum setahun lagi...ngeh ngeh ngeh...

    p/s: aku dah jumpaaaaaa

    ReplyDelete