Pages

Sunday, October 24, 2010

Minggu terakhir

Yer...minggu terakhir kerja disini.

Encik Rohaizat suruh saya buat makan-makan sempena nak berhenti kerja. Wahhhh...cadangan yang sungguh tidak bernas sekali sebab kalau ada makan-makan akan adalah ucapan yang mana bila ada ucapan akan adalah rasa sedih dan bila rasa sedih nanti mengalirlah pulak si airmata dan bila ada airmata keluar adalah sangat tidak macho okkay!!!!

Saya nak pergi dengan aman. Perghhhh.
Taknak ada segala macam ucapan + makan-makan macam yang saya buatkan untuk staff yang berhenti kerja. Sebabnya saya seorang yang PEMALU walaupun staff kata saya GARANG tapi GARANG bersebab. Malulah nak berucap. Dulu masa saya kene berucap depan semua staff + partners sebab dapat hadiah dari firm sebab lulus ACCA dah merah padam muka + suara pun terketar-ketar je. Oh tidak, taknak ingat dah sebab MALU. Hehehe.

7 tahun 4 bulan bukan satu jangka masa yang pendek. banyak yang saya lalui + pelajari disini. Dari zaman praktikal + jadi staff + bujang + kahwin + beranak pinak. Sedih jugak sebenarnya tapi sampai bila nak kerja jadi kuli orang kannn? Dah sampai masa saya bergerak kehadapan walaupun selesa disini + disana nanti akan penuh cabaran tapi saya dah tekad. Rezeki ada dimana-mana + kita yang perlu berusaha mendapatkannya.

1 comment:

  1. aku pon x suke nk berucap..tp kerja aku sekang ni..doing a presentation is one of my responsible..adoii...

    ReplyDelete