Dulu pernah berangan. Berangan nak kerja sampai umur tiga puluh sahaja. Sebab? Konon-konon nak jaga sendiri anak-anak. Nak duduk rumah melepak.
Alhamdulillah. Insya Allah hajat tu bakal tercapai. Walaupun bukanlah duduk rumah je melepak tapi dah tak perlu makan gaji lagi. Akan ada sedikit kebebasan. Rezeki anak-anak.
Peluang datang masa mengandungkan anak yang ketiga. Rezeki. Walaupun cabaran berniaga sendiri nanti akan lebih mencabar dari kerja makan gaji tapi yang penting semuanya adalah hasil usaha sendiri.
Sekarang sudah berangan-angan.
Pagi-pagi siapkan anak-anak dulu sebelum hantar khalisa ke rumah pengasuh. Khayrin pulak akan ikut ummi ke kedai. Khalisa masih terlalu kecil untuk dibawa kekedai melainkan ada pembantu. Sekarang pun sudah sibuk benar dia 'membantu' kat kedai.
Apa-apa pun, pelan-pelan kayuh.
syoknya....kedai kat mn..leh dtg nyemak...kui kui kui
ReplyDeletekedai kek ke? akak suka makan kek.. kekeke
ReplyDelete