Sekejap je masa berlalu, dah 20 hari alam pekerjaan daku tinggalkan. Tak sekalipun terbit rasa rindu pada ofis + kerja lama sebab sekarang rasa lebih relax.
Mana tak relax erk, hari-hari bangun lambat. Otak pun dah tak fikir benda-benda yang teknikal + dah tak perlu baca akta-akta lagi dah.
Gusar jugak sebenarnya. Bertahun-tahun otak ni diperah untuk bekerja + berfikir mencari penyelesaian dan sekarang takut otak sudah tepu + jadi mandom. Mesti buat sesuatu secepat mungkin.
Tapi apa dia?
Selain sekarang ni sedang belajar menjadi ulat buku, plan lain seperti belajar menjahit belum dapat dilaksanakan. Plan nak belajar di PTS pun masih tergendala.
Mungkin sebab dah biasa sibuk bila dah tak sibuk sebab tu jadi macam ni. Mungkin saya patut biar je dulu. Relax + enjoy dulu keadaan yang agak kurang sibuk ni.
relax dulu, baru 20 hari.. tapi nanti kena gear up.. macam belajar lah juga kan, kalau tak start buat, sampai bila la tak terbuat
ReplyDelete20 hari...hehehe...sekarang ni rasa nak relax. tunggu la nanti. macam kawan akak, tak sempat dah, ada je aktiviti jadi housewife tu!
ReplyDelete