Pages

Thursday, November 18, 2010

Baby No 3: 25 weeks updates

Oh...ummi sangat teruk sebab langsung takde update pasal baby.

Bukan setakat takde update, gambar scan baby no 3 pun ummi takde langsung. Sangat sadis je sebab masa ummi pergi klinik scan hari tu boleh pulak ink habis pastu tak bolehlah doctor tu print. Pastu dari sehari ke sehari dok ajak abah pergi klinik nak scan tapi ada je aralnya. Ni dah masuk 6 bulan mana nak dapat dah gambar baby yang kecik comel tu. Huhuhu.

Takpelah nak, takde rezeki kitelah maknanya.

Okay, mari update pasal baby no 3.

Alhamdulillah. Sudah 25 minggu baby no 3 ummi ni. Semuanya sihat sihat aja dong. Tambah-tambah ummi kamu ni naik 2kg sampai kene marah dengan misi. Macam mana boleh naik banyak sangat? Sebabnya dok makan pizza je. Ngehehhe. Sila jaga pemakanan yer selepas ini.

Hari tu dok susah hati sebab berat naik sikit sangat pastu perut pun tak naik-naik lagi. Masuk je 6 bulan terus terasa sungguh besar. Baju + seluar lama dah tak boleh pakai lagi kene pakai uniform mengandung dah pastu mula la start balik kegilaan membeli baju-baju mengandung. Tapi percayalah, baju mengandung yang paling mahal setakat ni yang telah dibeli cuma berharga RM19 dan semuanya jenama MIKI. Baju off season la katakan. Kebanyakkan baju merupakan baju idaman masa mengandungkan baby no 2 tapi masa tu rasa macam sangat mahal jadi baik berjimat cermat tak payah beli + sekarang dah turun harga sampai RM19 takkan taknak beli pulak. Makanya ummi belilah jugak 3 helai je. Jadilah erk. Sebab umi pun dah tak kerja jimat cermat tetap diteruskan.

Loya-loya. Masih lagi berkeadaan begitu sekali sekala. Entahlah.
Mula la erk nak berangan yang baby no 3 ni baby boy sebab masa baby no 1 dan no 2 tak pernah nak loya-loya langsung. Lepas tu rambut pulak asyiklah keguguran tak macam baby no1 dan 2 rambut jadi lebat + tak pernah nak gugur2 langsung. Haaa...berangan lagi disitu. Konon-konon hormon baby boy la ni sebab tu lain, ahaks.

Yang sebenarnya, ummi cuma mengharapkan baby no 3 ummi ni sihat tubuh badannya + sempurna sifat + lahir cukup bulan. Boy or girl ummi + abah tak kisah sangat walaupun kadang-kadang ummi macam harap nak baby boy sebab ummi rasa nak terus jadi anak bongsu je.

Sekian update bulan ini.

2 comments:

  1. no 3 = anak bongsu? hihi.
    akak belum jenguk awak lagi, nak tengok juga perut dah besar mana

    ReplyDelete
  2. go go go...masa ai ngandung dulu pun mmg rambut x gugur pun...pehtu selalu nak nampak cantek....[makin berangan lah ummi ni nak baby boy]

    ReplyDelete