Khalisa mulutnya berat macam abah tapi pandai mengarah macam ummi.
Itu yang ummi boleh katakan sekarang ni.
Khalisa jarang bercakap tapi banyak tunjuk tangan tanda memberi arahan. Alhamdulillah, banyak vocab yang Khalisa dah tahu tapi sekali sekala sahaja dikeluarkannya. Yang pasti ummi sentiasa faham apa yang dia nak kecuali kalau dia tengah mengada-ngada menangis-nangis memang tak boleh blah langsung nak melayan budak debab sorang ni.
Kadang-kadang memang ummi ni tak boleh blah langsung sebab tercompare jugak Khayrin + Khalisa. Yelah, Khayrin mula bercakap masa umur 15 bulan lagi. Kadang-kadang macam rasa risau je dengan Khalisa tapi sentiasa ummi ingatkan diri yang perkembangan setiap anak sangat berbeza.
Dua orang anak perempuan dan setiap sorang punya personaliti yang berbeza.
No comments:
Post a Comment