Berdebar-debar jugak memikirkan macam mana kali ni.
Masa dengan Khayrin, keluar darah dulu + betullah kata orang kalau keluar darah dulu sakitnya lama. Sangat lama sebab show sign jam 4 pagi dan bersalin pukul 5 pagi keesokan harinya.
Dengan Khalisa pulak pecah ketuban + jangka waktu dari pecah ketuban + contraction + baby keluar cuma beberapa jam sahaja.
Yang ini, tak tahu nak kata apa.
Tak tahu yang mana satu, keluar darah atau pecah ketuban?
Baby ummi ni memang suka main-main macam umminya. Breechnya sekejap je + masuk minggu ke 39 sudah turun kebawah. Malam-malam sangatlah terasa ngilunya baby ummi ni menekan-nekan. Rasanya dengan 2K sebelum ni takdelah rasa macam tu.
Khayrin keluar sehari awal dari EDD.
Khalisa pulak seminggu awal dari EDD.
Baby #3 ?????
Khayrin keluar pada hari Jumaat.
Khalisa pulak pada hari Sabtu.
Baby #3 ?????
Ingat lagi, baby-baby ummi keluar lepas ummi siap semua kerja. Masa mengandungkan Khayrin ummi setiap hari balik lewat siapkan kerja sebabnya EDD Khayrin adalah masa peak period tax department. Mungkin ummi dah dapat rasa yang hari tu hari terakhir ummi pergi kerja + siap listkan semua outstanding job + bagi pada manager.
Dengan Khalisa pun sama. Tapi masa tu ummi dah tukar department tapi masih lagi attach buat kerja-kerja tax. Ingat lagi betapa sibuknya masa tu menyiapkan tax untuk Bank Rakyat sambil sibuk jugak dengan kerja-kerja bahagian liquidation.
Sekarang? Walaupun nama je kerja sendiri tapi ummi masih sibuk macam dulu jugak. Ummi bagitahu abah Sabtu ni last day ummi kerja. Lepas tu cutiiiiiiiiii............ye ke? Hehehe.....
ha..baby 3 keluar hr ahad ler...kot ker siapkan kemas rumah kot...satu keje gak tu...
ReplyDelete