Pages

Monday, July 25, 2011

Khalisa sudah 2 tahun 3 bulan

Akhirnya,

Khalisa sudah pandai sebut U-M-M-I
tapi bukanlah baru tadi, dah dekat 3 minggu sebutannya sudah cukup sifatnya kalau tidak dia hanya akan buat bunyi "mmmm" (sila baca gaya orang yang sedang tutup mulut panggil ummi)

Tak lama lepas tu sudah boleh panggil ummi gaya gini pulak "mmm ami" untuk beberapa minggu. Kemudian lepas sama-sama pergi mengaji dengan kakak agaknya ustaz sebut AMINNN punyalah kuat balik je rumah terus hilang "mmmm" dia dan panggil AMI. Lama jugaklah panggilan AMI tu melekat kat lidah dia.

Ummi ni takdelah rajin sangat mengajar anak kat rumah cuma sekali sekala pasang CD Cepat Baca adalah lagu-lagu yang guna huruf vokal A I U dan juga pengaruh kakak Khayrin yang tak jemu-jemu melatih Khalisa sebut "UUU" akhirnya Khalisa berjaya sebut UMMI dengan lancar.

Dan juga, dua minggu kebelakangan ni barulah nampak semakin banyak perkataan yang boleh disebutnya walaupun agak pelat yang kadang-kadang ummi pun tak berapa nak faham dan memerlukan kakak Khayrin sebagai penterjemah *Alhamdulillah*

Ummi akui kadang-kadang rasa risau sangat sebab Khalisa sangat lambat bercakap tapi ummi cepat-cepat fikir positif sebabnya setiap anak berbeza tahap perkembangan mereka dan ummi sebolehnya tak nak bandingkan Khayrin dan Khalisa.

Dua dua ummi sayang dan dua dua ada keistimewaan masing-masing.

1 comment:

  1. Afif dulu sampai 3 tahun tak berbunyi pun suara. Sekarang ni, aduh....hehe

    ReplyDelete