Pages

Sunday, June 8, 2014

My First Visit

Sabtu
7 May 2014
Hari ke 16

Buat pertama kali ummi melawat tempat bersemadinya jasad Khaizan.
Dari jauh kelihatan tersusun dan teraturnya tempat persemadian di bahagian kanak2.
Kesemuanya sama saiz menunjukkan yang anak2 ini pergi meninggalkan ibu ayah semasa masih bayi lagi.

Ummi masih tenang melihat kubur mu dari jauh.
Berjalan perlahan2 bersama abah, abg Khalief dan kakak Khadija.

Nombor 34
Tiada kubur baru selain dari kubur mu.
Melihat kubur Khaizan, sungguh ummi tak tahu macamana nak terangkan perasaan ummi pada masa itu.
Tak pernah terlintas yang suatu hari nanti ummi perlu menziarah kubur anak sendiri.
Boleh tak ummi rasa macam nak gali je kubur Khaizan dan peluk dan cium Khaizan puas2?
Hehee, jangan risau, ummi masih waras.
Ummi simpan semua tu sebab ummi nak jumpa Khaizan di syurga nanti..
Khaizan tunggu ummi abah tau.

Sekejap je ummi singgah.
Berjalan perlahan2 meninggalkan tempat jasad anak ummi bersemadi, akhirnya airmata ummi tumpah juga tanpa dapat ummi menahannya lagi.
Sungguh, kubur itu tidaklah berrmakna sgt sebenarnya.
Ianya hanya sbg tanda.
Khaizan sekarang sedang bergembira di syurga dan ummi tak perlu sedih2 sangat kan?

Walaupun ummi tahu semua itu tapi percayalah, tak mudah untuk kehilangan seorang anak.
Tak pernah sehari pun yang berlalu ummi tak teringatkan kamu sayang.
Ianya sukar tapi Insya Allah, ummi mampu laluinya.


No comments:

Post a Comment