Alhamdulillah.
32 minggu sudah kandungan ummi.
Sangat suka bila dapat sekali lagi merasai pergerakan baby dalam perut, debush sana debush sini. Nikmatnya hanya seorang ibu yang dapat merasakannya. Alhamdulillah, syukur pada Allah dengan anugerah + rezeki dari-Nya.
Barang-barang baby sudah lengkap cuma belum basuh sahaja sebab cuaca tak mengizinkan dan lagi banyak kain baju masih bergayutan di ampaian belum kering pastu kalau basuh baju baby nak sidai tang mana la pulakkan? Tiga orang anak sudah semestinya makin banyak ruang ampaian diperlukan bagi sidai baju tapi ummi ni ada satu je payung untuk sidai baju dua orang anak buat masa sekarang pastu basuh baju seminggu sekali mana la tak penuh penyidai tu. Hehe.
Ala kadar je persiapan baby #3. Ummi + abah hanya beli yang penting-penting sahaja + yang basic je sebab baju kakak masih elok lagi + boleh dipakai. Hanya 3 helai baju + 2 helai seluar baru + barut + sepasang stokin bagi meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga kami.
Kedekut? Hehe, pengalaman mengajar ummi.
Beg ke hospital masih belum dipack. Pelan-pelan kayuh. Takpe, tunggu basuh baju baby dulu.
No comments:
Post a Comment