Pages

Wednesday, February 2, 2011

22 01 05 - 22 01 11

Sudah ENAM tahun kami hidup bersama.
ENAM tahun bukanlah jangka waktu yang lama, masih jauh lagi perjalanan kami Insya Allah jika dipanjangkan umur oleh-Nya.

Seperti ulang-ulang tahun hari nikah yang lepas kami memang tak tahu nak buat apa ataupun memang kami ni jenis yang tak reti nak sambut-sambut setakat beli kek + makan anak beranak je kat rumah + tu je lah sambutan yang paling gah pun buat kami suami isteri atau dalam erti kata lain kami ni memang bukan pasangan yang jiwang karats ataupun romantik nak candle light dinner bagai.

Sehari sebelum hari kejadian yang jatuh pada hari Sabtu + sangat lega la encik suami sebab tak perlu ambil cuti si isteri dah bagitahu yang tak nak masak nak keluar jalan-jalan je + makan kat luar.

Maka pada hari kejadian dah siap encik suami bawak ibunya ke pasar tani sementara si isteri + anak-anak masih sedap memeluk bantal tidur + bila encik suami balik baru semua bangun + mandi + breakfast sesama pastu tak tahu nak buat ape dah sesemua duduk lepak-lepak tengok tv sambil abahnya terlelap sebab bangun awal pagi pergi pasar.

Sebelum terlelap sempat lagi suami ku bertanya, nak buat apa hari ni? nak pergi mana?
Seperti biasa jawab si isteri, entah.
Kite pergi KLCC lah, katanya.
Ok....yang sangat suka yang amat bila cakap nak pergi KLCC mestilah Khayrin sebab dah lama dia nak pergi main kat taman KLCC + ummi dah banyak kali berjanji nak bawak tapi tak bawak-bawak pun.

Jam 1 semua siap-siap pergi KLCC. Sampai je KLCC mulalah pening tak tahu nak makan kat mana jalan-jalan pusing-pusing cari tempat makan akhirnya makan kat food court tingkat 5. Habis makan terus jalan-jalan pergi taman bawak dua orang kanak-kanak riang bermain puas-puas pastu nangis-nangis takmau balik.

Sebelum balik, saja nak merasa sedikit kemewahan menyambut ulang tahun perkahwinan dengan makan aiskrim Haagen Dasz. Jadilahkan makan sorang satu scoop. 

Jam 630 kami dah sampai rumah.
Masak simple yang amat untuk makan malam.
Penat + semua tidur awal.

Tahun depan meh pikir nak buat apa pulak?
Apa yang pasti en rohaizat takkannya nak sambut berdua-duaan aja mesti bawak semua anak-anaknya sekali so tahun depan Insya Allah kalau panjang umur + murah rezeki aka ada duit nak pergi makan makan tempat best sikit selain dari food court tingkat 5 KLCC kami kena usung 3 orang budak berumur 4 tahun, 2 tahun dan setahun. Insya Allah.

2 comments:

  1. Makan kat sushi king la, bagi akak mewah dahtu. Hehe

    ReplyDelete
  2. encik suami tak suka...
    klu nak makan luar dgn die pening gak nak pilih tempat...

    ReplyDelete