Pages

Thursday, February 17, 2011

13 hari lagi EDD

Mengandung kali ni memang agak lain macam.
Pertambahan umur mungkin? Penghujung dua puluhan pun dah termengah macam ni inikan pulak dah nak dekat empat puluhan masih mengandung lagi + mempunyai anak seramai 20 orang?

Oh, saya sebenarnya merujuk kepada Duggar Family.
Setiap kali check up baby #3 setiap kali saya diingatkan supaya mengamalkan perancangan keluarga sebab jarak kelahiran anak yang agak rapat walaupun kalau kira tahun memang selang dua tahun tapi yang sebenarnya jarak umur tiga beradik ni memang agak rapat pun sebenarnya.

Khayrin - Khalisa = 20 bulan
Khalisa - baby #3 = 22 bulan

Saya masih belum buat keputusan tentang kaedah perancangan yang digunakan sebab untuk ketiga-tiga anak saya tak pernah merancang, segalanya mengikut perancangan dari Dia.

Membaca tentang Duggar Family, tentang sejarah bagaimana mereka putuskan untuk serahkan pada Tuhan jumlah bilangan anak mereka selepas peristiwa keguguran anak pertama + sebab itulah tajuk rancangannya pun macam tu.

Saya agak kagum dengan sang isteri. Berkesempatan menonton salah satu episod ketika sang isteri dalam proses melahirkan anak yang ke 17, ayat yang berkesan dihati:

"they dont call it labor sesaja je tau walaupun saya dah banyak kali bersalin sakit tetap sakit tapi pengalaman mengajar untuk mengawal kesakitan itu"

Saya sekarang ni, agak gementar nak melalui proses kelahiran tu buat kali ketiga.
Saya berdoa agar dapat bersalin normal tanpa apa-apa jahitan + dipermudahkan oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment